Translate

Tuesday, July 11, 2017

Pemandu Uber cedera ditetak, kereta Kia Forte dilarikan

BESUT - Seorang pemandu Uber cedera ditetak manakala kenderaan jenis Kia Forte miliknya telah dilarikan sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Seberang Jerteh di sini hari ini.
Mangsa, Ahmad Taufiq Che Daud @ Che Mud, 29, mengalami luka di bahagian dahi, belakang kepala, ibu jari tangan kanan, dan lengan tangan kanan akibat serangan pada pukul 3.15 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, sewaktu kejadian, mangsa sedang berhenti rehat di stesen minyak berkenaan selepas menghantar pelanggan di Kuala Lumpur.
"Mangsa yang perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Nipah, Bachok, Kelantan berehat sebentar di dalam kereta Kia Forte miliknya yang diletakkan di tempat letak kereta stesen minyak itu.
"Tiba-tiba sebuah kereta Perodua Myvi berwarna kuning di belakang kereta milik mangsa sebelum tiga lelaki keluar dan bertindak menyerang mangsa dengan bersenjatakan parang," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment