KUALA TERENGGANU - T-Team menambah luka Kelantan selepas menumbangkan pasukan itu 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi.
Biar pun ketinggalan, tuan rumah memanfaatkan tempoh 11 minit terakhir perlawanan itu untuk membuat kebangkitan semula dengan meledak tiga gol berturut-turut.
Terdahulu, Kelantan yang juga dikenali sebagai The Red Warriors berada di hadapan menerusi jaringan pemain tengah, Mohd. Khairul Izuan Rosli pada minit ke-63.
Pemain tengah import, Dilshod Sharofetdinov mula menceriakan kem T-Team apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-79.
Selang lima minit kemudian, giliran pemain gantian, Muhammad Fauzi Abdul Kadar atau lebih dikenali sebagai Mamu pula menanduk masuk gol kedua The Titans pada minit ke-84.
Gawang Kelantan bocor kali ketiga menerusi tendangan padu penyerang import, Joseph Yannick yang menewaskan penjaga gol, Mohamad Ramdhan Ab. Hamid pada minit ke-86. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment