Translate

Tuesday, July 11, 2017

Wabak hawar berdarah merebak ke daerah Dungun

DUNGUN - Wabak heamoragic septicaemia atau hawar berdarah yang menyerang ternakan lembu dan kerbau di tiga daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang pada akhir Mei lalu sudah merebak ke daerah ini baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu, Dr. Mohd. Termizi Ghazali berkata, wabak yang membunuh ternakan lembu tersebut dipercayai mula menular di daerah ini sejak tiga minggu lalu.
"Begitu pun, penternak lembu di daerah Dungun ini hanya memaklumkan kewujudan wabak tersebut kepada JPV negeri selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
"Setakat ini, sebanyak 38 ekor lembu milik lapan peternak tempatan di daerah ini telah dikenalpasti mati akibat wabak hawar berdarah sehingga semalam (kelmarin)," katanya ketika melakukan tinjauan di sebuah kandang tenakan lembu di Kampung Padang Pulut di sini hari ini.
Kosmo! 8 Jun lalu melaporkan kes hawar berdarah yang mula dikesan di Pengadang Buloh dan Atas Tol, Kuala Terengganu serta Felda Rantau Abang 1 dan 2, Marang pada akhir Mei lalu merupakan yang pertama dilaporkan di negeri ini dalam tempoh 10 tahun.
Antara tanda ternakan diserang wabak itu ialah lembu dan kerbau terbabit berada dalam keada­an murung serta lesu, buih keluar dari bahagian mulut dan hidung selain bengkak pada leher, bahu dan badan.  - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment