Translate

Monday, July 10, 2017

1,297 kes kemalangan melibatkan bahan kimia sehingga Jun lalu

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Trend kemalangan dan kebakaran disebabkan bahan kimia semakin membimbangkan dengan 1,297 kes telah dicatatkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, kebanyakan kes yang dicatatkan sehingga Jun lalu itu disebabkan oleh produk petroleum seperti petrol dan diesel.
"Kes kebakaran dan kemalangan melibatkan bahan kimia pada awal tahun 2000-an hanya mencatatkan 500 kes sahaja dalam tempoh setahun.
"Ia semakin meningkat dari setahun ke setahun dan 1,800 kes berkenaan telah dicatatkan di seluruh negara dan melibatkan 28 kecederaan pada tahun lalu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau merasmikan Seminar Pengendalian Bahan Kimia Berbahaya dan Kerjasama Inter Agensi Semasa Kecemasan yang dihadiri oleh 500 pemain industri dari seluruh negara. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment