Translate

Saturday, February 7, 2026

UMT terima kemudahan WCWC

 

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengukuhkan kedudukannya sebagai pusat rujukan nasional dalam bidang kejuruteraan marin dan maritim apabila menerima kemudahan berteknologi tinggi, Saluran Pengedaran Ombak (WCFC). 

Naib Canselornya, Prof. Ir. Mohd. Zamri Ibrahim berkata, aset pemberian Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu mampu menjana ombak dan angin, peredaran arus, keupayaan penundaan dan aliran terkawal menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI).

 “UMT merupakan satu-satu pemilik WCFC yang mampu menjana ombak dan angin, peredaran arus, keupayaan penundaan dan aliran terkawal dalam satu sistem eksperimen tunggal di negara ini. 

“Ia membolehkan penjanaan simulasi pemodelan fizikal persekitaran marin dan pesisir pantai yang lebih realistik dan meniru keadaan sebenar di lautan dalam persekitaran makmal,” katanya ketika ditemui semalam. 

Kemudahan itu menyokong pengajaran dan pembelajaran program utama UMT iaitu Teknologi Maritim dan Seni bina Kapal.

 “Ia meningkatkan keupayaan UMT melakukan penyelidikan berimpak tinggi antaranya ujian rintangan kapal, eksperimen Planar Motion Mechanism, analisis sistem tambatan, pengangkutan sedimen, kejuruteraan pesisir dan hidraulik serta penyelidikan tenaga boleh diperbaharui marin,” katanya.

No comments:

Post a Comment