Translate

Thursday, February 12, 2026

Tahan bot abai keselamatan

 

BESUT – Tindakan sebuah bot pelancong membawa lebih muatan sehingga 20 penumpang mengundang padah apabila ditahan Maritim Malaysia (APMM) di muara Sungai Besut dekat sini kelmarin.

 Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Mohd. Khairulanuar Abdul Majid berkata, bot yang dalam perjalanan ke Pulau Perhentian dari Jeti Kuala Besut itu ditahan pada pukul 11 pagi.

Katanya, pemeriksaan mendapati kesemua penumpang termasuk tujuh kanak-kanak tidak memakai jaket keselamatan. 

“Pengusaha tiada lesen daripada Jabatan Laut. Ia kesalahan serius kerana mengabaikan aspek keselamatan demi mengejar keuntungan,” katanya. 

Menurut Mohd. Khairulanuar, bot itu disita untuk siasatan lanjut mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. 

Tambahnya, selain pemeriksaan lesen, had muatan dan jaket keselamatan, syarat lain seperti penyelenggaraan peralatan kecemasan termasuk alat pemadam api turut diberi perhatian pihaknya.

No comments:

Post a Comment