Translate

Friday, February 13, 2026

Dicabul bomoh miang

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

DUNGUN – Seorang bomoh muda yang mempunyai rekod jenayah rogol ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual fizikal ketika merawat kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun kononnya terkena sihir di Kemaman Jumaat lalu. 

Suspek berusia 20 tahun itu ditangkap pada pukul 10.30 malam keesokan harinya selepas polis menerima laporan daripada ibu mangsa. 

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, siasatan awal percaya kejadian didakwa berlaku ketika suspek sedang merawat kanakkanak perempuan itu yang dikatakan disihir.

 “Perbuatan berlaku di rumah mangsa di Kemaman pada pukul 1 pagi, 31 Januari lalu. “Mangsa kemudian mengadu kepada ibunya sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman pada pukul 2.58 petang keesokan harinya,” katanya di sini semalam. 

Terdahulu beliau ditemui selepas merasmikan Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) Kontinjen Terengganu cawangan Dungun. 

Mohd. Khairi berkata, semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau melibatkan jenayah rogol, manakala ujian urin lelaki itu negatif. 

Beliau berkata, lelaki tersebut ditahan reman selama tujuh hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14(d) akta sama. 

“Mangsa akan menjadi kanakkanak pertama yang akan menggunakan khidmat CIC Dungun yang baru dibuka hari ini (semalam),” katanya. 

Dalam pada itu, Mohd. Khairi memberitahu, kes jenayah seksual membabitkan kanak-kanak di Terengganu semakin membimbangkan dengan 634 kes direkodkan sepanjang tahun lalu berbanding 508 pada 2023. 

“Sebanyak 154 kes melibatkan kanak-kanak iaitu pertambahan 11.59 peratus berbanding tahun 2023.

 Tambahnya, sebanyak 78 kes jenayah seksual kanak-kanak telah menggunakan perkhidmatan CIC untuk dirakam keterangan sepanjang tahun lalu dengan 74 dibawa ke mahkamah.

No comments:

Post a Comment