Translate

Sunday, February 22, 2026

Bekas pengerusi masjid didakwa tipu duit zakat Bakip

KUALA TERENGGANU – Bekas pengerusi sebuah masjid di Kerteh, Kemaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas empat pertuduhan menipu Badan Kebajikan Islam Petronas (Bakip) berkaitan agihan zakat. 

Tertuduh, Hamizan Amid, 56, yang juga juruteknik kebakaran di sebuah syarikat minyak dan gas di Kerteh membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman. 

Lelaki itu didakwa memperdaya pegawai agama Bakip dengan mengemukakan empat penama komuniti Kampung Batu Putih yang bukan berstatus miskin. 

Perbuatan itu mendorong pegawai agama Bakip menyerahkan zakat wakalah RM1,000 setiap seorang kepada empat penama terbabit walaupun mereka tidak layak. 

Kesalahan itu dilakukan pada Mac 2024. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

 Mahkamah membenarkan Hamizan dibebaskan dengan jaminan RM8,000. Sebutan semula kes ditetapkan 3 Mac ini. 

Kosmo! pada 6 November 2024 melaporkan pengerusi sebuah masjid di Kemaman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan salah guna kuasa melibatkan agihan wang bantuan zakat. Suspek dipercayai turut menyenaraikan isterinya sebagai penerima bantuan zakat. 

Setiap penerima menerima zakat wakalah sebanyak RM1,000 seorang.

No comments:

Post a Comment