Translate

Friday, February 27, 2026

Bas, lori diperiksa lebih kerap

KUALA TERENGGANU – Kenderaan pengangkutan awam dan perdagangan akan lebih kerap diperiksa bagi mengurangkan risiko kemalangan terutama pada musim perayaan Aidilfitri. 

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Terengganu, Mohd. Zamri Samion berkata, bas ekspres popular pada musim perayaan manakala lori perdagangan pula sering menjadi pencetus kemalangan. 

Katanya, sepanjang Op Tahun Baharu Cina, pihaknya masih mengesan kesalahan dan pelanggaran undang-undang dilakukan oleh pengendali kedua-dua kenderaan itu. 

“Tujuh kes direkodkan dalam tempoh seminggu operasi di negeri ini, 16 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen perkhidmatan kenderaan awam, cermin retak, tayar botak dan melanggar larangan pemanduan kenderaan berat. 

“Sebuah bas ekspres membawa 65 penumpang telah ditahan selama sejam di Terminal Bas MBKT Sabtu lalu kerana menggunakan tayar tidak mengikut spesifikasi. Bas hanya dibenarkan berlepas ke Kajang, Selangor sebaik tayar ditukar serta-merta,” katanya. 

Beliau ditemui ketika operasi memantau pergerakan bas ekspres di Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di sini kelmarin. 

Menurut Mohd. Zamri, empat lori membawa muatan besi, kelapa sawit, kayu dan atap zink juga ditahan pada 14 Februari dan Sabtu lalu atas kesalahan melanggar larangan pemanduan lori perdagangan berat pada musim perayaan. 

“Tiada pemandu bas ekspres positif dadah dan kita juga akan menyamar sebagai penumpang untuk kesan kesalahan pengendali bas ekspres,” katanya.

No comments:

Post a Comment