Translate

Sunday, February 8, 2026

Warta Pulau Kekabu sebagai habitat semula jadi belangkas

 

MARANG – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyarankan kerajaan Terengganu agar mewartakan pesisir Sungai Marang berhampiran Pulau Kekabu, di sini sebagai kawasan pemuliharaan belangkas. 

Dekan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin UMT, Prof. Madya Dr. Faridah Mohamad berkata, pewartaan itu penting bagi memastikan kelestarian populasi belangkas yang semakin diancam kepupusan terutama di negeri ini.

 “Penyelidikan UMT baru-baru ini mendapati pesisir Sungai Marang berhampiran Pulau Kekabu, di sini merupakan satu-satunya habitat semula jadi pembiakan belangkas terdapat di Terengganu.

 “Kawasan itu menjadi lokasi pasangan belangkas dewasa membiak,” katanya pada program Jom Menjejak Anak Belangkas di Pulau Kekabu, di sini semalam. 

Katanya, penyelidik UMT juga mendapati anak-anak belangkas yang menetas membesar di kawasan pesisir sungai tersebut sebelum berhijrah ke laut dan sungai apabila mencapai usia dua tahun. 

Ujarnya, sebelum ini belangkas hanya boleh ditemui nelayan tempatan di Kemaman dan Besut tanpa habitat semula jadi khusus di dua daerah berkenaan.

No comments:

Post a Comment