Translate

Friday, February 20, 2026

Terengganu larang import imam tarawih

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA TERENGGANU – Masjid dan surau di seluruh Terengganu tidak dibenarkan menggunakan imam import dari negara asing untuk solat tarawih pada bulan Ramadan ini. 

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, pengurusan masjid dan surau negeri ini digalakkan melantik imam tarawih dalam kalangan pelajar tahfiz tempatan. 

“Tiada imam solat tarawih asing contohnya dari Mesir dan Arab Saudi kecuali mereka yang sudah sedia menetap di negeri ini sebagai guru sekolah dan pensyarah.

 “Kita sangat galakkan pelajar-pelajar kita yang hafal al-Quran dilantik imam tarawih dan dibiayai (elaun) oleh pengurusan masjid dan surau,” katanya selepas mengagihkan bantuan zakat asnaf fakir miskin negeri ini sempena Ramadan di Kompleks Seri Iman di sini semalam. 

Menurutnya, pendekatan memberi keutamaan kepada pelajar tahfiz tempatan itu bertujuan memberi lebih pendedahan kepada golongan tersebut mengetuai solat tarawih pada usia muda. 

Katanya, besar harapan Maidam agar pelajar tahfiz dilatih terbabit akan mendapat permintaan menjadi imam solat tarawih di luar Terengganu termasuk luar negara pada masa depan. 

“Pengurusan masjid dan surau juga dipesan agar tidak mengehadkan membaca satu juzuk (al-Quran) semalam bagi solat tarawih. 

“Imam (solat tarawih) boleh (bertahan dengan bacaan al-Quran panjang), saya bimbang makmum tidak tahan,” katanya.

No comments:

Post a Comment