Translate

Tuesday, February 24, 2026

Rugi RM50,700 diperdaya tender bekal meja kantin sekolah

KUALA TERENGGANU – Gara-gara terlalu percaya dengan tawaran tender pembekalan set meja kerusi kantin sekolah, sebuah syarikat pembekalan peralatan pejabat kerugian RM50,700. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, seorang eksekutif jualan syarikat tersebut telah dihubungi oleh individu tidak dikenali yang menawarkan tender pembekalan berkenaan. 

“Suspek menawarkan projek pembekalan set meja kerusi untuk kantin sebuah sekolah kebangsaan di Marang. “Dia kemudiannya mencadangkan sebuah syarikat pembekal kepada eksekutif jualan itu yang juga wanita berusia 29 tahun,” katanya semalam. 

Menurutnya, mangsa yang tidak menaruh curiga terus bersetuju menerima tawaran tender terbabit sebelum membuat pesanan dengan syarikat pembekal yang disarankan. 

Katanya, wanita terbabit telah membayar RM50,700 menerusi pindahan wang ke akaun bank yang diberi suspek sebagai tempahan pembekalan. 

“Pindahan dilakukan mangsa menggunakan wang syarikat. Dia hanya menyedari tertipu apabila semakan kemudiannya mendapati tender terbabit sebenarnya tidak pernah wujud. 

“Wanita itu membuat laporan berhubung kes berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 5.27 petang, semalam (kelmarin),” katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment