Translate

Thursday, February 26, 2026

Peniaga keropok pukul isteri hamil dipenjara 40 bulan

KUALA TERENGGANU – Perbuatan tidak berperikemanusiaan seorang peniaga keropok lekor memukul isterinya yang sedang hamil dua bulan dengan tukul besi dan pengikis simen pada minggu lalu berbalas apabila dihukum penjara 40 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam. 

Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli memutuskan demikian selepas tertuduh, Ahmad Isma Mirza Ahmad Zarir, 32, membuat pengakuan bersalah setelah pertuduhan dibacakan oleh mahkamah. 

Berdasarkan pertuduhan, Ahmad Isma Mirza didakwa mencederakan isterinya dengan menggunakan tukul besi dan pengikis simen. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan di rumah mereka di Taman Desa Baruh, Tanjong Damai, Kuala Nerus pada pukul 11.30 malam, 3 Februari lalu. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim.

No comments:

Post a Comment