Translate

Monday, February 23, 2026

Exco Terengganu didakwa SPRM esok

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang Exco kerajaan negeri Terengganu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan salah guna kuasa akan dituduh di Mahkamah Sesyen di sini esok.

Sumber SPRM mengesahkan agensinya telah mendapat izin untuk mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berusia 60-an berkenaan.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada pukul 9 pagi,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan lelaki tsesebut telah ditahan SPRM bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa mengarahkan dua anaknya bekerja di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri ini.

Sumber SPRM berkata, siasatan awal mengesyaki suspek menggunakan jawatan dan kedudukannya sebagai Exco kerajaan negeri dan pengerusi lembaga pengarah sebuah GLC untuk mengarahkan kedua-dua anaknya diambil bekerja di dua buah anak syarikat kerajaan negeri.

“Perbuatan itu didakwa dilakukan Exco Terengganu tersebut pada tahun 2018 dan 2020.

“Suspek ditahan sewaktu tampil memberi keterangan di pejabat agensi tersebut di Kemaman pada pukul 11.15 pagi semalam,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd. Yazid kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment