Translate

Friday, February 20, 2026

THT mahu kekal momentum kemenangan

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

PASUKAN Hoki Terengganu (THT) mahu terus mengekalkan momentum kemenangan sewaktu bertemu Armed Forced HT pada aksi kelima Liga Hoki Malaysia (MHL) di Stadium Baru Burok, Kuala Terengganu hari ini.

Penyerang THT, Faizal Saari berkata, juara Piala Sumbangsih tersebut berada di  landasan tepat untuk merampas kejuaraan liga dalam empat awal sebelum ini.

"Kita berjaya mencapai 12 mata maksimum setakat ini termasuk kemenangan tidak disangka berdepan TNB. Apapun kita tidak boleh tercicir sebarang mata terutama dalam baki dua aksi di gelanggang sendiri,"  katanya.

THT gagah mengemudi liga dengan menewaskan TNB  dan Maybank masing-masing 2-1, UiTM HA KPT 3-1 serta terbaharu membelasah TNB Thunderbolts 6-1 pada Ahad lalu.

Faizal berkata, THT perlu konsisten meraih kemenangan sebelum bertemu Territory Stingers, Pasukan Hoki Matadir dan Pasukan Hoki Lelaki Lioning.

Bagaimanapun, beliau berharap rakan sepasukan tidak memandang rendah  kemampuan Armed Forces HT yang mampu mencipta kejutan.

"Pasukan itu yang kini berada di tangga keeempat liga turut dibarisi bekas pemain kita (THT)," katanya.


No comments:

Post a Comment