KUALA TERENGGANU – Seorang pengusaha kedai makan tidak melupakan kenangan menjumpai objek menyerupai ketulan lilin yang pada mulanya dipercayai muntah paus empat lalu.
Aida Zurina Long, 46, berkata, objek disangka ambergis berkenaan telah meraih perhatian peminat bahan utama dalam industri minyak wangi berkenaan sehingga mahu membelinya menjangkau ratusan ribu ringgit.
Begitupun, hasrat meraih wang segera itu lebur apabila ketulan seberat kira-kira lima kilogram berkenaan akhirnya disahkan tidak tulen hasil ujian Makmal Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan Universiti Malaysia Terengganu.
“Saya terjumpa ketika memancing berhampiran Jeti Lembaga
Kemajuan Ikan Malaysia Marang
pada pukul 11 malam, November 2021. Saya bawa balik rumah
di Kemasik, Kemaman kerana
mungkin boleh dijual,” katanya.
Aida Zurina berkata, dia semakin teruja dan yakin objek itu
muntah paus berikutan ia mencair dan meleleh seperti lilin sebelum mengeluarkan bau yang
sangat harum apabila dibakar.
Katanya, ia kemudian menjadi tular dan ramai menunjukkan minat membelinya termasuk
pihak berkuasa.
“Bagaimanapun selepas diuji
ia bukanlah muntah paus sebaliknya hanya sebatian bahan organik dipercayai asid lemak yang
tidak berharga,” katanya.
Katanya, dia akur dan
menganggap tiada rezeki untuk
meraih keuntungan lumayan
sekiranya benar objek dijumpainya muntah ikan paus.
Objek yang ditemui itu tidak
mempunyai bahan aktif asas
muntah ikan paus iaitu ambrein,
epicoprosterol dan coprostanone.
Analisis termal mendapati ia
lebur pada suhu 76.04 darjah Celsius sedangkan titik lebur muntah ikan paus tulen ialah 82.32
darjah Celsius.

No comments:
Post a Comment