Translate

Tuesday, February 24, 2026

Bukan tulang manusia, tetapi mirip kuda

 

KUALA TERENGGANU – Pemeriksaan forensik terhadap 34 serpihan tulang yang ditemukan di Pantai Batu Burok 2 di sini malam kelmarin, mengesahkan ia bukan rangka manusia. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, Pakar Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Dr. Siti Wira Md. Yaro telah melakukan bedah siasat terhadap tulangtulang tersebut pada pukul 11 pagi semalam. 

Katanya, ia disahkan bukan tulang manusia berdasarkan bentuk, ketebalan dan panjangnya “Setakat ini, tulang-tulang tersebut dipercayai milik haiwan yang agak mirip dengan kuda.

 Sampel tulang akan dihantar ke Jabatan Kimia bagi tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. 

Terdahulu, pengunjung Pantai Batu Burok 2 di sini, gempar dengan penemuan serpihan tulang yang pada mulanya disangka rangka manusia pada pukul 10.10 malam. 

Serpihan tulang itu dijumpai dalam kawasan semak berhampiran longkang di belakang sebuah kuarters agensi kerajaan yang tidak berpenghuni.

No comments:

Post a Comment