MARANG – Satu mayat lelaki tanpa identiti dijumpai dalam keadaan tertiarap di sebuah ladang getah di Kampung Kubu di sini kelmarin.
Mayat mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an ditemukan seorang penduduk kampung pada pukul 3.15 petang.
Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd. Sofian Redzuan berkata, sewaktu ditemukan, lelaki tersebut memakai baju-T berwarna hitam dan berseluar pendek coklat.
“Pemeriksaan tidak menemui sebarang kecederaan dan unsur jenayah pada badan mangsa.
“Hasil bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu hari ini (semalam) pula mengesahkan kematian mangsa disebabkan saluran jantung tersumbat,” katanya di sini semalam.
Mohd. Soffian berkata, setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Beliau memohon orang ramai yang mengenali mangsa atau mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Marang di talian 09-618 2222.
“Mereka juga menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.
No comments:
Post a Comment