Translate

Wednesday, February 11, 2026

Seludup Yamaha RXZ dari Thailand

BESUT – Polis berjaya membongkar kes penyeludupan komponen gantian dan motosikal jenis Yamaha RXZ dari Thailand susulan penahanan seorang pengusaha bengkel di Kampung Padang Luas, Jerteh di sini kelmarin. 

Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah yang dijadikan bengkel membaiki motosikal berkenaan. Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, pemeriksaan menjumpai 11 motosikal jenis Yamaha RXZ, casis motosikal (empat) dan komponen enjin motosikal (enam) yang mencurigakan. 

“Siasatan awal percaya kesemua motosikal dan komponen terbabit dibawa masuk dari negara jiran tanpa sebarang dokumen sah. 

“Semakan juga mendapati suspek memiliki tiga rekod jenayah lampau berkaitan menculik, Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6(1), Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985,” katanya kelmarin. 

Mohd. Khairi berkata, ujian air kencing itu didapati negatif dan kes sedang disiasat mengikut Sekyen 397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955. 

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Op Mega Lejang Terengganu sejak 1 Januari lalu berjaya menahan 10 lelaki lain berusia dalam lingkungan 24 hingga 46 tahun. 

“Sebanyak 30 motosikal pelbagai jenama seperti Yamaha, Honda juga diperiksa,” katanya.

No comments:

Post a Comment