KUALA NERUS – Pembenihan awan di Johor, Kedah dan utara Perak bermula hari ini bagi meningkatkan semula paras air empangan utama di negeri tersebut yang kini menyusut ekoran cuaca panas.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerja-kerja pembenihan awan tersebut akan dilakukan secara berperingkat selama lima hari sehingga Ahad ini.
“Saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara telah menetapkan 11 dan 12 Februari ini (hari ini dan esok) untuk melakukan pembenihan hujan di Johor.
Ia melibatkan Empangan Layang, Pulai 1 dan Machap,” katanya.
Ahmad Zahid berkata, inisiatif pembenihan awam bagi menghasilkan hujan itu seterusnya akan dilakukan di Kedah dan utara Perak pada Jumaat dan Sabtu ini.
Beliau berkata, ia melibatkan Empangan Pedu, Muda dan Ahning, Kedah serta Bukit Merah, Perak yang juga menunjukkan penurunan paras air semasa.
“Pada 15 Februari, kita kembali ke Johor untuk melakukan pembenihan hujan melibatkan empangan-empangan berkaitan (Empangan Layang, Pulai 1 dan Machap).
“Kesemua empangan-empangan di Johor, Kedah dan Perak kini sudah berada pada paras amaran,” katanya.
No comments:
Post a Comment