KUALA TERENGGANU – Orang ramai tidak menghirau amaran ombak besar dan angin kencang, sebaliknya tetap mengunjungi pantai-pantai peranginan di negeri ini ketika musim tengkujuh sekarang ini.
Malah, kes dua beradik lemas di Pantai Sura Tengah, Dungun minggu lalu tidak dijadikan iktibar oleh mereka.
Tinjauan di Pantai Pandak, Chendering di sini mendapati pengunjung masih mandi-manda walaupun ombak besar dan angin kuat melanda terutama pada waktu petang.
Anak-anak kecil pula dibiarkan bermain di gigi air tanpa pengawasan orang dewasa. Situasi itu membuatkan Ketua
Polis Terengganu, Datuk Mohd.
Khairi Khairudin kurang senang.
Kebimbangan beliau ada asasnya
kerana sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, terdapat 74 individu dilaporkan lemas di seluruh
Terengganu terutamanya ketika musim Monsun Timur Laut
(MTL) atau tengkujuh.
Menurut Mohd. Khairi, masih
ada individu memandang ringan
ancaman pantai ketika tengkujuh dan apa yang lebih mengecewakan apabila perbuatan itu bukan sahaja dilakukan pelancong
luar, malah penduduk tempatan
sendiri.
“Banyak kali amaran dan larangan diberi supaya menjauhi
serta jangan beriadah di air ketika musim tengkujuh tetapi masih
ramai yang degil.
“Tengkujuh mengakibatkan
ombak besar yang membahayakan keselamatan pengunjung
pantai boleh datang pada bila-bila masa,” katanya kepada Kosmo!
di sini semalam.
Menurut Mohd. Khairi, bukan sahaja mandi atau menaiki
bot kecil, malah berkelah di tepi
pantai juga berbahaya kerana
jangkauan ombak besar menghempas pantai sepanjang musim
tengkujuh ini tidak terduga.
Sehubungan itu, beliau telah
mengarahkan anggota di ibu
pejabat polis daerah agar memantau secara berkala pantai
peranginan di seluruh negeri ini.
Sementara itu, Pengerusi
Jawatankuasa Pelancongan,
Kebudayaan, Alam Sekitar dan
Perubahan Iklim Terengganu,
Datuk Razali Idris berkata, kerajaan negeri telah mengambil
inisiatif menyebarkan informasi
larangan melakukan aktiviti air
di negeri ini sepanjang musim
tengkujuh.
“Semua hotel dan resort yang
terletak berhampiran pesisir
pantai misalnya telah diarahkan
untuk menayangkan video pendek bahaya pantai pada musim
tengkujuh sebagai kesedaran kepada pengunjung.
“Mereka boleh melakukan pelbagai aktiviti lain lagi sewaktu
melancong ke Terengganu sepanjang tempoh tengkujuh ini selain
mandi pantai,” katanya.
Razali juga yakin pihak
berkuasa tempatan juga telah
memasang bendera merah di
pantai-pantai peranginan negeri
ini sebagai amaran kepada pengunjung.
Pada 2 Januari lalu, Kosmo!
melaporkan melaporkan dua
beradik iaitu Nor Baizura Shafie,
39, dan Mohd. Fazir, 37, maut akibat lemas ketika mandi di Pantai
Sura Tengah.

No comments:
Post a Comment