Translate

Saturday, May 14, 2022

Reman pemandu bas disyaki cabul penumpang disambung sehari

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Reman seorang pemandu bas yang didakwa mencabul seorang penumpang wanita pada Ahad lalu disambung sehari lagi sehingga esok.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Kosmo! kelmarin melaporkan lelaki berusia 27 tahun tersebut telah direman selama empat hari bermula Isnin lalu bagi membantu siasatan kes cabul terbabit.

Suspek yang merupakan bapa kepada dua anak berkenaan disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Dia didakwa mencabul seorang penumpang wanita berusia 21 tahun sewaktu bas dipandunya berhenti di Ajil, Hulu Terengganu pada pukul 4 pagi, Ahad lalu.

Sewaktu kejadian mangsa dikatakan sedang tidur di dalam bas yang dalam perjalanan ke Melaka dari Kelantan tersebut sebelum tersedar apabila tubuhnya disentuh.

Wanita tersebut kemudiannya memaklumkan insiden cabul menimpanya kepada salah seorang rakan yang membawa kepada penahanan suspek sewaktu bas berkenaan tiba di Melaka Sentral pada pukul 10.30 pagi. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment