Translate

Tuesday, May 24, 2022

Kamarul Zaman layak sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan pelantikan penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff sebagai salah seorang pegawai khasnya.

Beliau berkata, Kamarul Zaman yang merupakan pensyarah kanan Pusat Kajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia diberi tanggungjawab dalam soal dasar kepimpinan negara.

“Kita telah membuat penilaian dia (Kamarul Zaman) layak (sebagai Pengawai Khas Perdana Menteri).

“Dia seorang yang berpengalaman dan saya telah memilih orang yang difikirkan layak dan percaya dia boleh melakukan (tugasan),” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Terengganu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pelantikan Kamarul Zaman sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri yang baru dihebahkan semalam.

Kamarul Zaman dipetik sebagai berkata, dia telah dilantik dalam tugasannya yang tiada berkaitan dengan kerja-kerja politik sejak bulan Disember lalu.

Dalam pada itu, Ismail Sabri meluangkan masa lebih sejam untuk beramah-mesra dengan lebih 1,000 kepimpinan UMNO Terengganu termasuk Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau akan merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) sempena Aidilfitri di pekarangan Jambatan Angkat Kuala Terengganu pada pukul 9 malam ini. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment