Translate

Saturday, May 21, 2022

Kes cabul: Ketengah tubuh jawatankuasa tambah baik SOP

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) menubuhkan jawatankuasa khas berhubung dakwaan kes cabul di dalam rumah bot Tasik Kenyir di sini baru-baru ini.

Pengerusi Ketengah, Datuk Razali Idris berkata, jawatankuasa itu bertujuan bagi menambah baik prosedur operasi standard (SOP) pengendalian rumah bot dan bot laju di lokasi pelancongan terbabit agar mengelakkan insiden sama berulang pada masa depan.

Beliau berkata. walaupun insiden berkenaan di luar kawalan operator rumah bot, penambah baikan SOP perlu dilakukan bagi menghindar sebarang perbuatan jenayah sekali gus menjamin keselamatan pengunjung.

“Walaupun ia kes terpencil dan pertama kali berlaku sejak saya menjadi Pengerusi Ketengah lebih dua tahun lalu tetapi kami amat mengambil berat.

“Sekiranya (kes cabul) benar berlaku, ia perlu ditangani kerana tidak mahu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga,” katanya ketika ditemui pada majlis Kenyir Bermunajat di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir di sini malam tadi.

Kosmo! Khamis lalu melaporkan seorang penceramah bebas yang popular tahun 1990-an ditahan bagi membantu siasatan kes cabul melibatkan budak perempuan berusia lima tahun yang didakwa berlaku di dalam sebuah rumah bot di Tasik Kenyir.

Mangsa yang juga anak rakan suspek menyertai program kelolaan lelaki berusia 61 tahun berkenaan pada bulan lalu. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment