Translate

Monday, May 16, 2022

APMM tahan bot nelayan Vietnam di perairan Terengganu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Helah sebuah bot nelayan Vietnam untuk mencuri hasil laut di perairan negara pada musim perayaan Aidilfitri ini gagal apabila berjaya ditahan Maritim Malaysia (APMM) semalam.

Bot nelayan asing itu ditahan pada kedudukan 67 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu pada pukul 3.20 petang.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, pemeriksaan di dalam bot itu telah menjumpai 100 kilogram hasil laut pelbagai jenis dipercayai ditangkap secara haram di perairan negara.

Beliau berkata, seramai enam kru bot nelayan itu yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 56 tahun gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

“Bot itu juga tidak memiliki kebenaran untuk menangkap ikan di perairan negara oleh Jabatan Perikanan.

“Kita percaya nelayan Vietnam ini sengaja mahu mengambil kesempatan kerana menyangkakan penguatkuasaan longgar pada musim perayaan ini,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Suffi berkata, bot, hasil laut, peralatan menangkap ikan dan minyak diesel sebanyak 500 liter yang bernilai keseluruhan RM1 juta telah disita.

Tambah beliau, kes akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1963.- KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment