Translate

Thursday, May 26, 2022

11 pelajar sekolah direman angkara pukul rakan

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seramai 11 pelajar sebuah sekolah berasrama di Kuala Nerus dekat sini ditahan reman selama tiga hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan memukul rakan sekolahnya pada minggu lalu.

Perintah reman terhadap kesemua remaja lelaki berusia dalam lingkungan 14 hingga 17 tahun itu dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, Norina Maludin hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, kesemua pelajar sekolah tersebut ditahan di antara pukul 12 tengah hari hingga 1 tengah hari semalam.

Beliau berkata, mereka ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini.

“Terdahulu, kita menerima aduan daripada mangsa berusia 14 tahun pada pada pukul 9.40 malam kelmarin.

“Dia mendakwa telah disepak dan dipukul oleh kesemua suspek sehingga menyebabkan kecederaan ringan dan lembam pada paha kanan dan kirinya,” katanya di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment