Translate

Monday, May 23, 2022

Penjawat awam Terengganu terima insentif raya RM500

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Penjawat awam Terengganu bakal menerima insentif RM500 berupa Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pemberian insentif berkenaan melibatkan 13,827 kakitangan awam gred 56 dan ke bawah.

“Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam Terengganu tersebut akan dilunaskan bermula 25 April ini.

“Kerajaan negeri Terengganu juga telah bersetuju memberikan Bantuan Khas i-Fitri kepada rakyat negeri ini melibatkan peruntukan RM58.99 juta,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, pemberian Bantuan Khas i-Fitri itu melibatkan 150,9467 penerima dalam kalangan rakyat Terengganu yang berkelayakan.

Beliau berkata, kerajaan negeri Terengganu berharap bantuan tersebut dapat memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri pihak terlibat bersama orang tersayang.

“Tahun ini kita bakal menyambut Aidilfitri dengan lebih meriah dalam fasa endemik selepas dua tahun terpaksa disambut secara terbatas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment