Translate

Thursday, May 19, 2022

Kampung Budaya Terengganu dihiasi 3,000 pelita raya

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Program pelita raya yang diadakan selama lima hari bermula Jumaat lalu di Kampung Budaya Terengganu di sini berjaya menarik kehadiran 18,824 pengunjung.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata, sepanjang tempoh tersebut, suasana malam Kampung Budaya Terengganu diceriakan oleh lebih 3,000 hiasan pelita raya.

Beliau berpuas hati kerana program bertujuan meneruskan tradisi masyarakat negeri ini memeriahkan malam tujuh likur menerima sambutan memberangsangkan.

“Ini kali kedua program pelita raya dianjurkan di Kampung Budaya Terengganu dan suasananya kini jauh lebih meriah sesuai dengan peralihan fasa endemik.

“Saya percaya kreativiti hiasan pelita raya yang ditonjolkan lapan pejabat tanah dan derah terlibat berjaya menarik kunjungan ramai termasuk dalam pelancong,” katanya ketika di sini malam tadi.

Ariffin berkata, penjawat awam terbabit telah menampilkan pelbagai hiasan pelita raya unik dan kreatif untuk menerangi dan mengindahkan rumah-rumah tradisional yang terdapat di dalam perkampungan tersebut.

Tambah beliau, antara hiasan pelita raya tersebut ialah replika perahu, ombak, pokok kelapa, rumah bot, ikan kelah, wau, Jambatan Kuala Poh, kapal layar, udang dan ikan. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment