Translate

Monday, May 16, 2022

Pengedar dadah dicekup semasa pemeriksaan SJR


Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Cubaan dua lelaki disyaki pengedar dadah membawa masuk methamphetamine gagal apabila mereka ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) di susur masuk Plaza Tol Kuala Terengganu, Gemuroh, Kuala Nerus hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, suspek berusia 29 dan 31 tahun yang menaiki kereta jenis Proton Satria dipercayai cuba memasuki plaza tol berkenaan dari Kuantan, Pahang pada pukul 3 pagi.

“Pemeriksaan di dalam kereta yang dinaiki menjumpai sejumlah pil berwarna merah disyaki methamphetamine seberat 408.26 gram,” katanya di sini hari ini.

Ismail berkata, pemeriksaan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis sama dan ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Dalam operasi sama, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun selepas didapati positif methamphetamine. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment