Translate

Wednesday, May 25, 2022

KPDNHEP patah aktiviti sindiket seludup diesel bersubsidi

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan diesel bersubisidi dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Wakaf Tapai di sini malam tadi.

Seorang lelaki berusia 30-an disyaki anggota sindiket tersebut ditahan ketika sedang memindahkan minyak diesel bersubsidi ke sebuah lori tangki dalam serbuan pada pukul 9.30 malam itu.

Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, serbuan berkenaan berjaya menyita 16,380 liter minyak diesel dan sebuah lori tangki yang bernilai keseluruhan RM83,217.

“Risikan selama hampir seminggu mengesyaki sindiket ini memindahkan minyak diesel bersubsidi dari beberapa stesen minyak menggunakan lori yang telah diubahsuai.

“Siasatan awal mendapati mereka membeli minyak diesel bersubsidi berkenaan namun pemindahan bahan kawalan itu tidak mendapat kebenaran Pengawal Bekalan,” katanya di sini hari ini.

Saharuddin berkata, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenalpasti rantaian pengedaran minyak diesel bersubsidi yang diseludup tersebut.

Tambah beliau, pengusaha stesen-stesen minyak terlibat juga tidak akan terlepas daripada siasatan kes penyeludupan berkenaan.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan denda RM1 juta atau penjara maksimum tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment