Translate

Sunday, May 15, 2022

Kes HFMD di Terengganu meningkat 783 kes

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Terengganu mencatatkan peningkatan ketara kepada 783 kes sejak awal tahun tahun ini.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Kasemani Embong berkata, ia merupakan kenaikan mendadak berbanding cuma 95 kes sama yang dicatatkan di seluruh negeri ini dalam tempoh sama tahun lalu.

“Rata-rata kes HFMD yang melibatkan kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah itu berlaku di taska dan tadika.

“Setakat ini, sebanyak 19 taska dan tadika di seluruh Terengganu telah terkesan dengan wabak ini sejak awal tahun ini,” katanya selepas merasmikan program Gerak Gempur Cakna Ubat di sini hari ini.

Kasemani berkata, lima taksa dan tadika terbabit terletak di Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu masing-masing tiga premis, Besut (dua) dan Kemaman (satu).

Sehubungan itu, beliau menggesa pengendali taska dan tadika serta ibu bapa mengambil cakna dan menekankan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran HFMD dalam kalangan kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment