Translate

Saturday, May 21, 2022

Pasar raya digalak anjur jualan murah bantu pengguna

Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Premis perniagaan terutama pasar raya besar dan pasar raya digalakkan untuk menganjurkan program jualan murah sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, inisiatif itu bertujuan bagi membantu meringankan beban pengguna menjelang ketibaan hari lebaran berkenaan.

Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 12,278 premis perniagaan di seluruh negara telah mengambil bahagian dalam kempen jualan murah terbabit sejak 3 April lalu.

“Mereka boleh membantu meringankan beban pengguna dengan mengurangkan harga pelbagai barangan seperti susu cair, susu formula bayi dan lampin pakai buang pada kadar 10 hingga 20 peratus lebih murah.

“Kita juga telah mempermudahkan prosedur penganjuran jualan murah dengan cukup sekadar menghantar notis bukan seperti kebiasaan iaitu perlu melakukan permohonan rasmi yang akan diluluskan dalam tempoh tujuh hari,” katanya.

Terdahulu beliau ditemui selepas memantau perjalanan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di sebuah pasar raya di Kuala Berang di sini hari ini.

Begitupun, Rosol mengingatkan walaupun proses penganjuran jualan murah dipermudahkan, beliau berharap tiada pengusaha premis perniagaan yang mengambil kesempatan memanipulasi pengguna. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment