Translate

Wednesday, May 18, 2022

Kuala Terengganu Bypass tidak siap raya ini

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Hasrat pengguna bandar raya ini untuk memendekkan masa perjalanan dengan melalui Jalan Pintasan Kuala Terengganu atau Kuala Terengganu Bypass pada musim perayaan ini tidak kesampaian.

Projek laluan empat lorong menghubungkan Chendering dan Durian Burung di sini itu masih belum dapat disiapkan sepenuhnya walaupun pernah dijanjikan bakal mula beroperasi pada sambutan Aidilfitri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu, Dr. Mamad Puteh berkata, kemajuan projek Kuala Terengganu Bypass yang sepanjang kira-kira 5.9 kilometer berkenaan kini sudah mencapai 95 peratus.

“Memang sebelum ini pihak kontraktor berjanji untuk menyiapkan projek ini untuk kegunaan pengguna pada Aidilfitri namum terdapat kekangan masa.

“Begitupun, sebenarnya tiada kelewatan berlaku kerana mengikut jadual asal, ia sepatutnya perlu disiapkan sepenuhnya pada bulan September ini,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! 24 Januari lalu melaporkan pihak kontraktor memberi jaminan projek Kuala Terengganu Bypass boleh disiapkan bulan April ini kepada Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Kuala Terengganu Bypass membolehkan perjalanan khususnya bagi pengguna ke Kuantan, Pahang dan Kota Bahru, Kelantan dijimatkan kira-kira 30 minit. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment