Translate

Monday, May 16, 2022

JPJ terima 245 e-aduan kesalahan trafik musim raya

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima 245 aduan orang awam berhubung kesalahan jalan raya sepanjang pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri yang berakhir semalam.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramli berkata, aduan tersebut diterima menerusi portal e-aduan@JPJ atau aduantrafik@jpj.gov.my sepanjang tempoh 10 hari pelaksanaan operasi berkenaan di seluruh negara bermula 28 April lalu.

“Kebanyakan aduan diterima secara bukti bergambar dan video melibatkan kesalahan memotong barisan dan melalui lorong kecemasan.

“Separuh (50 peratus) daripada aduan kesalahan jalan raya berkenaan telah diambil tindakan penguatkuasaan manakala selebihnya masih dalam siasatan,” katanya ketika memantau perjalanan Ops Hari Raya Aidilfitri peringkat Terengganu di Jalan Sultan Mohamad di sini malam tadi.

Aedy Fadly berkata, sebahagian aduan yang tidak lengkap memerlukan siasatan lanjut namun ia akan diselesaikan dalam tempoh 48 jam hingga 72 jam.

Kosmo! pada 22 April lalu melaporkan JPJ mempelawa orang awam menjadi ‘mata-mata’ atau pengintip kepada agensi berkenaan dengan membuat aduan secara terus melalui portal e-aduan@JPJ atau aduantrafik@jpj.gov.my.

Aedy Fadly berkata, maklumat kesalahan jalan raya berupa bukti bergambar atau video boleh dimuat baik ke dalam laman portal atau emel tersebut sepanjang tempoh pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment