Translate

Sunday, May 22, 2022

Reman 11 pelajar sekolah pukul rakan asrama tamat

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seramai 11 pelajar sebuah sekolah berasrama di Kuala Nerus dekat sini yang ditahan bagi membantu siasatan memukul rakan sekolahnya pada Isnin lalu telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, kertas siasatan kes memukul remaja lelaki berusia 14 tahun itu telah dihantar ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri.

“Kita menunggu arahan selanjutnya daripada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini

Kosmo! semalam melaporkan kesemua pelajar lelaki berusia 14 hingga 17 tahun tersebut ditahan sewaktu memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di antara pukul 12 tengah hari hingga 1 tengah hari, Isnin lalu.

Mereka disyaki telah memukul dan menyepak mangsa sehingga menyebabkan kecederaan ringan dan lebam pada kedua-dua pahanya.

Perbuatan itu dikatakan dilakukan kesemua suspek terhadap mangsa pukul 11.30 malam pada 14 April lalu. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment