Rata-ratanya sedang rancak membuat persediaan bagi menyambut pelancong setelah lebih dua tahun mengalami kerugian ekoran pandemik Covid-19.
Pengusaha hotel terutama di tujuh rangkaian pulau peranginan di seluruh Terengganu tidak sabar menyambut kehadiran pelancong asing yang kali terakhir diterima mereka sebelum monsun Timur Laut Oktober 2019.
Seramai 62 pemandu teksi juga mengharapkan rezeki mereka kembali melimpah ruah apabila Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini kembali meriah kelak.
Pengurus Redang Pelangi Resort, Foo Ee Lin berkata, kesemua lapan resort yang terdapat di Pulau Redang sudah mula beroperasi secara berperingkat selepas berakhirnya musim tengkujuh mulai 1 Mac lalu.
Beliau berkata, setakat ini, purata kadar penginapan bilik mencecah 60 peratus dalam kalangan pengunjung domestik terutama dari Lembah Klang.
“Kadar tempahan bilik penginapan dalam pelancong asing mula diterima dan dijangka akan terus meningkat berikutan pembukaan sempadan negara mulai 1 April ini.
“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, selain dari negara-negara jiran di Asia Tenggara, pelancong Asia Timur seperti China, Korea Selatan dan Jepun gemar mengunjungi Pulau Redang antara bulan April hingga Jun,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Ee Lin berkata, pelancong Eropah pula biasanya akan tiba ke Terengganu apabila mereka mula bercuti musim panas mulai Mei depan.
Jelasnya, kesemua pengusaha resort di rangkaian pulau peranginan di Terengganu termasuk Pulau Redang telah membuat persiapan rapi bagi menyambut kehadiran lebih ramai pelancong sekali gus beroperasi secara penuh.
No comments:
Post a Comment