Translate

Wednesday, May 18, 2022

Suspek kes peras ugut guna video lucah direman lagi

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Tiga suspek termasuk pasangan suami isteri yang disyaki anggota sindiket pemerasan menggunakan video lucah ditahan reman tiga hari lagi sehingga Sabtu ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman berkata, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 23 hingga 39 tahun disiasat untuk satu lagi kes pemerasan yang baharu dilaporkan di daerah ini.

“Perintah reman terhadap tiga suspek dibenarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda di Mahkamah Majistret di sini pada hari ini.

“Sebelum ini, mereka disiasat dalam tujuh kes memeras ugut mangsa menggunakan video lucah milik mangsa di negeri ini, Selangor, Perak dan Sabah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Suffian berkata, ketiga-tiga yang bekerja di kedai telefon bimbit disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Kosmo! 26 April lalu melaporkan polis berjaya menumpaskan sindiket pemerasan menggunakan video lucah milik mangsa dengan penahanan tiga suspek di dua lokasi berasingan di Sungai Petani dan Baling, Kedah.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Isa berkata, modus operandi digunakan ialah berhubung dengan mangsa menerusi aplikasi sosial termasuk Mi Chat, We Chat dan WhatsApp sebelum mengajak melakukan panggilan video lucah.

Anggota sindiket tersebut kemudiannya akan merakam aksi-aksi mengghairahkan lelaki berkenaan sewaktu panggilan video berlangsung sebelum memeras ugut mangsa untuk menyebarkannya ke media sosial. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment