Translate

Sunday, May 22, 2022

604,457 warga asing masuki negara sejak 1 Mei

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Ekonomi negara telah menunjukkan pertumbuhan amat positif sejak peralihan ke fasa endemik pada 1 Mei lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkembangan positif terbabit termasuk sektor pelancongan yang merupakan antara sektor penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Beliau berkata, berdasarkan perangkaan Jabatan Imigresen Malaysia sehingga 12 Mei lalu, negara telah menerima kemasukan 604,457 warga asing sejak pembukaan semula pintu sempadan antarabangsa pada 1 April lalu.

“(Seramai) 93.8 peratus atau 567,025 orang daripada jumlah itu adalah pelancong.

“Di awal pengumuman pembukaan semula sempadan antarabangsa negara, kemasukan dua juta pelancong asing dengan pendapatan RM8.6 bilion telah disasar pada tahun ini,” katanya ketika merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri di sini malam ini.

Program di Dataran Jambatan Angkat Kuala Terengganu yang dimeriahkan hampir 70,000 pengunjung turut dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ismail Sabri berkata, beliau optlimis rakyat Malaysia pasti dapat bangkit semula untuk hidup aman dan harmoni dengan bekerja keras dalam meningkatkan ekonomi negara.

Jelas beliau, usaha tersebut dapat menterjemahkan nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran hidup sebagai keluarga besar, Keluarga Malaysia. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment