Translate

Wednesday, May 25, 2022

Zah dinobat Tokoh Guru Terengganu

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, Zah Mohamad, 63, dinobat sebagai Tokoh Guru Terengganu hari ini.

Beliau yang mengabdikan diri selama 35 tahun sebagai pendidik terharu dan menganggap pengiktirafan tersebut amat besar buat dirinya.

“Anugerah ini saya dedikasikan buat guru dan anak didik di SMK Padang Midin, sekolah terakhir saya berkhidmat sebelum bersara tiga tahun lalu.

“Hubungan baik dengan guru-guru dan pelajar (SMK Padang Midin) masih kekal sehingga hari ini,” katanya selepas menerima anugerah Tokoh Guru Terengganu sempena sambutan Hari Guru peringkat negeri di sini hari ini.

Beliau menerima wang tunai RM5,000, selempang, pingat, persalinan songket dan telekung, jam tangan, tudung, plak dan sijil penghargaan daripada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Zah berkata, prinsip ikhlas mengajar dan mengasihi anak murid telah diamalnya sejak hari pertama bergelar guru pada tahun 1984.

Jelas beliau, hubungannya dengan kebanyakan pelajar yang sebahagiannya sudah berkerjaya kekal akrab sehingga kini. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment