Translate

Saturday, January 6, 2018

Mangsa banjir Terengganu meningkat 2,563 orang

MOHD. AZLI ADLAN

KEMAMAN - Mangsa banjir Terengganu meningkat kepada 2,563 orang daripada 644 keluarga hari ini melibatkan daerah ini dan Dungun setakat pukul 4 petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Che Adam A. Rahman berkata, sebanyak 13 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kemaman manakala Dungun kekal dua PPS.

Beliau berkata, seramai 2,356 mangsa banjir di Kemaman manakala 206 orang di Dungun.

"Kawasan Kemaman yang terlibat banjir ialah Kampung Seberang Tayor Hulu, Kampung Ban Ho, Kampung Pasir Gajah, Pulau Tempurung, Batu 16, Kampung Bukit Mentok, Felda Seberang Tayor, Chukai, Lubuk Megat dan Binjai.


"Kampung Parit Raja dan Kampung Shukor kekal lokasi dilanda banjir di Dungun," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE 

No comments:

Post a Comment