Sebahagian daripada 800 jemaah itu juga terpaksa bersampan bagi mengharungi air untuk sampai ke pekarangan masjid tersebut.
Imam Masjid Haji Wan Muda, Mustopa Othman, 60, berkata, pengurusan masjid bersyukur apabila umat Islam setempat tetap komited menunaikan solat Jumaat walaupun sedang dilanda musibah.
“Sebelum ini, solat Jumaat terpaksa diadakan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok di sini kerana keseluruhan masjid tenggelam dalam kejadian banjir besar pada 2013.
“Bagaimanapun, kali ini hanya kawasan pekarangan masjid yang dikepung air namun ruang solat tidak ditenggelami banjir,” katanya ketika ditemui di masjid itu semalam.
Mustopa memberitahu, selain solat Jumaat, solat fardu yang lain juga berjalan seperti biasa di dalam masjid berkenaan sejak kawasan itu dilanda banjir pada Rabu lalu.
No comments:
Post a Comment