Translate

Thursday, January 4, 2018

7,000 pengguna Hulu Terengganu bakal mengalami gangguan bekalan air sehingga Isnin depan

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Kebocoran paip di dasar sungai yang terjadi pada semalam telah menjejaskan seramai lebih 7,000 pengguna di sekitar daerah Hulu Terengganu yang bakal mengalami gangguan bekalan air bersih sehingga 8 Januari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu), Atemin Sulong berkata, gangguan bekalan air selama enam hari itu bakal melibatkan 51 kawasan di daerah Hulu Terengganu.

Beliau berkata, antara lokasi yang terlibat ialah pekan Ajil, Kampung Jak, Kampung Temala Hilir, Kampung Bukit Apit,Kampung Kemat,Gemuruh, Tanjung Putat, Menerong, Felda Mengkawang, Paya Besar, Pengkalan Ajal, Belukar Bukit, Bukit Ara dan Kolam.

"Ia turut menjejaskan kawasan seperti Paya Besar, Sekayu, Padang Setar, Merbau Pulas, Marchang, Cerang Nibong, Felcra Tersat, Bukit Beruang dan Batu 18, Kua, Kampung Lubuk Parit, Bukit Mustaja,  Peneh, Kawasan Perindustrian Ajil, Batu 22, Pasir Telata dan Lubuk Periuk.


"Kuala Menjing, Gunung, Tok Gebok, Taman Setia, Taman Kirana, Pelandan, Kemat Lebak dan Panggung turut terlibat dalam gangguan bekalan air itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment