Translate

Thursday, January 11, 2018

Bapa maut sesak nafas selepas selamatkan anak dari rumah terbakar

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Pengorbanan seorang bapa bersabung nyawa menyelamatkan anak bongsunya dari rumah mereka yang sedang marak terbakar terakhir dengan tragedi selepas lelaki itu meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas di Kampung Kuala Ibai di sini hari ini.

Dalam kejadian 8.45 pagi itu, Ahmad Fakhrurazi Shafie, 45, yang juga Timbalan Ketua Cawangan UMNO Kuala Ibai di sini tiba-tiba rebah di pekarangan rumah sewaktu menyelamatkan diri sambil memimpin tangan anak lelakinya, Muhammad Aqil Harith, 3.

Anak saudaranya mangsa, Ahmad Syahir Azizi Ahmad Zulfar, 18, berkata, sewaktu kejadian, dia yang membantu Ahmad Fakhrurazi mengusahakan produk nasi arab segera baru tiba ke rumah tersebut untuk memulakan pekerjaannya.

"Saya bergegas selepas mendengar bunyi letupan dan asap tebal dari arah rumah bapa saudara saya. Sebaik tiba di pekarangan rumah, saya nampak beliau terbaring dalam keadaan sangat lemah dan muka pucat.


"Beliau tidak memberi respons apabila dikejutkan. Saya segera menarik badannya agar jauh dari rumahnya yang sedang terbakar sebelum berlari ke rumah nenek untuk meminta bantuan," katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian di Kampung Kuala Ibai di sini hari ini. - K! ONLINE 

No comments:

Post a Comment