Translate

Thursday, January 4, 2018

Mangsa banjir Terengganu meningkat 1,001 orang

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Bilangan mangsa banjir Terengganu yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 1,001 orang pada pagi ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, ia penambahan berbanding 382 orang pada semalam.

Beliau berkata, setakat ini, hanya dua daerah di negeri ini yang dilanda banjir iaitu Kemaman dan Dungun.

"Sebanyak 14 PPS telah dibuka di kedua-dua daerah terbabit iaitu 12 di Kemaman dan dua di Dungun.

"Seramai 749 mangsa daripada 172 keluarga di Kemaman manakala Dungun pula ia melibatkan 252 mangsa dari 92 keluarga," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.


Che Adam berkata, penambahan mangsa banjir itu disebabkan kenaikan paras air mendadak berikutan fenomena air pasang dan hujan lebat yang tidak berhenti. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment