Translate

Thursday, January 11, 2018

KPDNKK bongkar kegiatan peraih barangan lusuh tipu timbangan

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Tembelang seorang peraih barangan lusuh menipu timbangan dengan mengubahsuai alat penimbang terbongkar pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri dalam serbuan di Kampung Jeram, Manir di sini hari ini.

Dalam serbuan pada pukul 11.30 pagi itu, dua alat penimbang milik peraih barangan lusuh etnik Rohingya berumur 40-an tersebut telah disita kerana dipercayai melanggar Akta Timbang dan Sukat 1972.

Pengarah KPDNKK Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, pemeriksaan bersama Metrology Corporation Malaysia Sdn. Bhd. iaitu pihak yang diberi peranan melakukan penilaian sah terhadap alat penimbang mendapati salah satu daripada peralatan yang dirampas itu telah diubah suai.

"Alat penimbang berkenaan telah diletakkan spring khas bagi mengurangkan timbangan sehingga lebih 10 kilogram (kg). Sebagai contoh objek seberat 20 kg hanya mencatatkan timbangan 12 kg dengan menggunakan alat penimbang itu.


"Satu lagi alat penimbang yang dirampas itu pula didapati tidak ditentusahkan oleh KPDNKK," katanya pada sidang akhbar di Pejabat KPDNKK Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment