Translate

Saturday, January 13, 2018

KLHC julang Piala Sumbangsih lima tahun berturut-turut

MOHD. AZLI ADLAN dan KAMARIAH KHALIDI

KUALA TERENGGANU - Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) mempertahankan Piala Sumbangsih buat kali kelima berturut-turut selepas menewaskan 5-4 musuh tradisi, Pasukan Hoki Terengganu (THT) menerusi pukul penalti shoot out di Stadium Hoki Batu Burok di sini sebentar tadi.

Terdahulu, kedua-dua pasukan mencatat seri 2-2 pada 60 minit penuh perlawanan.

Pakar flick Korea, Jang Jonghyun membuka jaringan buat KLHC menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-16.

Penjaga gol THT, Mohd. Hafizuddin Othman tewas buat kali kedua lapan minit kemudian menerusi gol padang Muhammad Hafizuddin Zaidi pada minit ke-24.

Tuan rumah berjaya mendekatkan jurang gol menerusi pukulan sudut penalti yang disumbangkan penyerang kebangsaan, Faizal Saari pada minit ke-44.

Pakar flick Argentina, Gonzalo Peillat pula menyamakan kedudukan buat THT menerusi penalti yang menewaskan penjaga gol lawan berpengalaman, Roslan Jamaluddin pada minit ke-58.


KHLC kendalian Lim Chiow Chuan menjulang Piala Sumbangsih yang disampaikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment