Translate

Monday, January 8, 2018

Fenomena air pasang besar, angin kencang diramal kembali landa perairan Terengganu

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Terengganu kembali dalam keadaan berjaga-jaga selepas pulih sepenuhnya daripada banjir kelmarin apabila ramalan cuaca menjangkakan fenomena air pasang besar akan melanda semula perairan negeri ini pada Khamis ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia negeri, Che Adam A. Rahman berkata, fenomena yang akan meningkatkan paras air laut di perairan Terengganu tersebut bakal berlarutan sehingga Ahad ini.

"Fenomena kenaikan paras air laut itu dijangka turut melanda kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor.

"Kesemua perairan negeri tersebut termasuk Terengganu juga diramal akan dilanda angin kencang daripada Monsun Timur Laut dari Rabu hingga Ahad ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Che Adam berkata, angin kencang diramal berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam sekali menyebabkan paras ombak naik sehinga 3.5 meter. - K! ONLINE 


  

No comments:

Post a Comment