Translate

Saturday, January 6, 2018

Lelaki Itali berebut Porsche dengan isteri kena reman

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki warga Itali direman  empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dia melakukan ugutan jenayah terhadap isterinya pada Isnin lalu.

Perintah reman tersebut dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen, Wan Aziantie Wan Ab. Karim @ Isa di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Suspek berusia 40-an tersebut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan ditahan kelmarin selepas isterinya membuat laporan menerima ugutan bunuh dengan cara ditembak hingga mati selepas mereka bertengkar be­rebut sebuah kereta Porsche sehari sebelum itu.

Difahamkan, suspek telah me­ngahwini mangsa yang merupakan seorang ibu tunggal beberapa tahun lalu namun perkahwinan mereka menghadapi masalah akibat perselisihan faham sejak akhir-akhir ini.

Lelaki yang merupakan ahli perniagaan tersebut didakwa telah meminta mangsa agar berjum­panya bagi membincangkan masalah perkahwinan mereka pada Isnin lalu.

Wanita berusia 44 tahun yang ditemani dua rakan lelakinya telah bersetuju de­ngan permintaan tersebut dan dia telah datang ke lokasi ditetapkan dengan menaiki sebuah kereta Porsche.

Suspek kemudian didakwa  bertindak kasar cuba merampas kunci kereta mewah tersebut sebelum dihalang mangsa.

Berang dengan tindakan isterinya, lelaki tersebut kemudian didakwa mengamuk dan mengugut mahu membunuh dan menembak mangsa jika masih menggunakan kereta berkenaan.

Mangsa yang merupakan wanita warga Korea Selatan telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini kerana bimbang ke­selamatan dirinya. Laporan itu kemudian membawa kepada pe­nangkapan suaminya kelmarin.

No comments:

Post a Comment