Pesta gol di Stadium Hoki Batu Burok, Kuala Terengganu itu bagaikan melepaskan geram selepas kempunan dua kali berturut-turut untuk merasai gelaran musim ini iaitu Piala Tan Sri P. Alagendra dan Piala Sumbangsih.
Pakar flick dunia dari Argentina, Gonzalo Peillat semakin menunjukkan keserasian dengan barisan pemain skuad juara Piala TNB musim lalu itu apabila berjaya meledak hatrik dalam perlawanan tersebut.
“Saya gembira Peillat mampu memberikan sumbangan besar untuk kemenangan pada perlawanan ini. Saya harap dia dapat menyempurnakan lebih banyak pukulan sudut penalti selepas ini,” ujar Sarjit.
Selain ledakan hatrik Peillat, tiga lagi gol gergasi Pantai Timur itu diperoleh menerusi jaringan Faizal Saari (m-20), Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran (m-43) dan Joaqin Menini pada minit ke-56.
Dua gol TNB Thunderbolts dalam perlawanan tersebut dijaringkan oleh Arif Sabron dan Muhammad Azammi Adabi masing-masing pada minit keenam serta ke-51.
THT selepas ini bakal menentang pasukan tercorot, Maybank, manakala TNB Thunderbolts akan membuat perhitungan dengan ‘abang’ mereka, TNB pada aksi ketiga esok.
No comments:
Post a Comment