Translate

Thursday, January 11, 2018

UMT lancar buku Momentum papar hasil kreatif pelajar

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melancarkan buku Momentum yang memaparkan hasil seni mural, sulaman dan arca pelajar universiti itu di sini semalam.

Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, mural, sulaman dan arca itu telah menghiasi kolej kediaman siswa universiti tersebut menerusi program Jom Deko sebelum ini.

“Idea penghasilan buku Momentum bermula daripada program Jom Deko bertujuan untuk menghiasi dan menceriakan kolej kediaman UMT yang dihuni kira-kira 4,000 pelajar pada tahun 2015.

“Seramai 500 pelajar tempatan dan antarabangsa terlibat dalam penghasilan mural, sulaman dan arca tersebut yang siap sepenuhnya pada tahun lalu,” katanya.

Beliau ditemui selepas me­nyaksikan majlis pelancaran buku Momentum yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Mohd. Zubir Embong di UMT di sini semalam.

Nor Aieni berkata, buku Momentum yang turut mengandu­ngi puisi nukilan pelajar-pelajar universiti itu dilancarkan sempena ulang tahun UMT ke-15.

Menurut beliau, buku itu juga merupakan medium perkongsian maklumat untuk memberi pendedahan kepada masyarakat dan pemain industri tentang bakat dan kemahiran yang dimiliki pelajar UMT.

No comments:

Post a Comment